|
Ucapan KTU Sempena Tahun Baru 2010 10 Feb2010
Terlebih dahulu saya mengucapkan “ Selamat Tahun Baru 2010 ” kepada semua anggota relawan PTCM diseluruh negara.
Pada sepanjang tahun 2009, kita telah menumpuh berbagai cabaran dan berjaya mengekalkan imej yang baik walaupun ada anasir – anasir tidak sihat dikalangan anggota kita yang tidak beretika dan mementingkan diri untuk mancapai cita-cita sendiri tetapi gagal.
Sempena tahun baru ini, saya ingin menyeru agar semua peringkat pegawai dan anggota bersama-sama membulatkan azam untuk menempuh cabaran baru kerana kita telah tertubuh selama 21 tahun ketika ini, Saya mendoakan semuga PTCM dan anggota – anggota nya akan maju dan terus maju dan sebarang anasir yang cuba menghalang hendaklah ditentang sepenuhnya.
|