Merujuk kepada perkara diatas adalah dimaklumkan bahawa
semua bekas cawangan PTCM disemua peringkat di minta segera membuat
permohoan menubuhkan cawangan baru MRDA bagi menggantikan PTCM
yang dibubarkan.
2. Serentak dengan ini juga semua
bekas anggota dan pegawai PTCM dikehendaki membuat permohonan keahlian MRDA
daripada Ketua Turus Negeri masing – masing atau mendapatkan borang terus
daripada MRDA di Markas Utama Kebangsaan.
3. Adalah di ingatkan bahawa mana
– mana anggota yang tidak memohon menjadi ahli MRDA tidak layak dan
dilarang memakai uniform serta lambang dan pangkat milik MRDA. Sesiapa
yang engkar mendaftarkan diri tidak akan diiktiraf dan akan disekat menyertai
semua program MRDA.
4. Semua Ketua – Ketua Turus
Negeri diminta memaklumkan hal ini kepada cawangan – cawangan daerah /
zon dinegeri mereka dan mengadakan mesyuarat khas. Ketua – ketua Turus
Daerah / Zon di ingatkan supaya tidak menjalankan kegiatan sehingga mereka
memiliki sijil cawangan masing – masing, anggota mereka didaftarkan dan
memiliki kad – kad kuasa yang baru.
5. Semua surat menyurat hendaklah
mengikut protokol. Surat – Surat hendaklah ditujukan kepada Ketua Turus
Negeri dan salinan kepada Ketua
Urusetia Markas Utama Kebangsaan MRDA di Kuala Lumpur. Ketua Urusetia yang baru
ialah Marshal Lim Meng Seen
yang bertanggung jawab keatas urusan pentadbiran pengambilan kenaikan pangkat
dan tata – tertip dibantu oleh Komander Lee Chee Yun sebagai Kuater –
Master Jeneral bagi urusan kelengkapan, uniform dan Aksesori MRDA dan
beliau boleh dihubungi untuk mendapatkan bekalan peralatan.
6. Adalah di ingatkan bahawa MRDA
adalah sebuah Pasukan Penyelamat Kebangsaan dan hanya terlibat dalam operasi
menyelamat bencana alam, kemalangan jalan raya, kebakaran dan kehilangan orang
dilaut, darat dan sungai, pasukan pengawas pantai, unit trafik &
keselamatan Jalan Raya dan Squad Penyelamat Khas boleh dibentuk mulai sekarang.
Buat masa ini kegiatan yang diluar skop tersebut tidak debenarkan dibuat
sehingga arahan selanjutnya.
“ BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT
DEMI NEGARA ”
“ PRIHATIN TEGAS CEKAP ”
Saya yang menjalankan
tugas.
( DATO’ MUNSYI MUSLIM BIN YACOB )
Ketua Turus Utama
Agensi Penyelamat Bencana Malaysia
(Malaysian Rescue Disasters Agency)