Notis Untuk Anggota PTCM 09 Jan 2010
 
Sila ambil perhatian bahawa berkuatkuasa pada 4hh Januari 2010, Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Berdaftar telah dibatalkan dan dibubar dengan perintah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Nazri Abd aziz. 

Bagi meneruskan khidmat bakti yang pernah dijalankan oleh PTCM selama ini, maka sebagai gantinya sebuah pertubuhan yang dikenali Malaysian Rescue Disasters Agency atau Agensi Penyelamat Bencana Malaysia telah ditubohkan oleh Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia sejak (5) tahun lalu dengan fungsi dan kuasa-kuasa yang lebih luas lagi.

MRDA adalah nama singkatan yang telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat ( Seksyen 24 ) sebagai badan bukan perniagaan dan tidak bercorak keuntungan. Penubuhannya adalah sebagai syarikat awam berhad menurut jaminan ( tanpa modal saham ). Pengurusannya dibawah tanggungjawab Majlis Pentadbir (goverming council ) yang mana terdapat 4 kerusi didalam keanggotaan nya terdiri daripada wakil-wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik.
 
 
For More Information, Please mail us: admin@krsn-ptcm.org.my
© Copyright 2009 Pasukan Tindakan Cemas Malaysia. All Rights Reserved.