Sukacita
dimaklumkan bahawa notis dengan ini diberikan iaitu Lembaga Amanah Pasukan
Tindakan Cemas Malaysia Berdaftar telah ditamatkan organisasinya dengan
persetujuan ahli-ahli pemegang amanah dan diluluskan oleh YB Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri ( Bahagian Halehwal Undang-Undang ) berkuatkuasa pada 4hb
Januari 2010.
2.
Selanjutnya adalah ditegaskan bahawa berkuatkuasa pada 5-01-2010, Lembaga
Amanah PTCM telah menyerahkan segala harta-benda, kelengkapan, asset dan
pengurusan serta anggota sukarelawan kepada MRDA.
3.
Oleh demikian, semua ketua-ketua turus diperingkat Wilayah, Negeri dan Daerah/
Zon dikehendaki memberikan kerja sama kepada pentadbiran baru MRDA dan mulai
sekarang semua papan tanda PTCM hendaklah digantikan segera, manakala Lambang
(Logo) masih tetap sama dan kini di daftarkan atas nama MRDA. Lain-lain tidak
berubah iaitu uniform dan pangkat adalah serupa dan aksesori PTCM adalah diguna
pakai oleh MRDA mengikut keputusan Lembaga Amanah PTCM.
4.
Satu mesyuarat pegawai-pegawai kanan akan diadakan tidak lama lagi dan
pelantikan semula pegawai akan dibuat di Kuala Lumpur, semua ketua hendaklah memaklumkan
hal ini kepada ahli-ahli mereka. Tauliah baru akan dikeluarkan oleh Majlis
Pentadbir MRDA sempena hari ulang tahun ke 5 dalam bulan Mac 2010.
5.
Semua kenderaan PTCM ditukar lambangnya bagi kereta peronda, manakala kereta
bukan peronda hendaklah memohon permit baru kepada MRDA. Kad-kad pegawai dan
anggota akan dibuat baru. Ahli-ahli baru dikenakan bayaran sebanyak RM 50,00
manakala bekas anggota PTCM dikenakan bayaran RM 30,00. Segala masaalah sila
hubungi Markas Utama Kebangsaan Tel: 03-9283 9999.
Sekian,
terima kasih.
“PRIHATIN TEGAS CEKAP”
Saya
yang jujur.
(DATO’ MUNSYI MUSLIM BIN YACOB)
Ketua Turus Utama