Arahan KTU
Semua  Ketua – Ketua Turus PTCM Wilayah, Negeri, Derah dan Zon termasuklah semua Ketua – Ketua Unit, Pegawai – Pegawai dan para sukarelawan PTCM diseluruh Malaysia di kehendaki melaporkan diri ke Markas masing – masing atau berhubung ke Markas Utama Kebangsaan Kuala Lumpur untuk mendapatkan taklimat mengenai bencana alam “ Gempa Bumi ” di Padang, Sumatera Barat, Indonesia yang mengorbankan banyak jiwa dan kerosakan harta benda.
 
Ketua Turus Umum PTCM, Dato’ Munsyi Muslim Bin Yacob mengumumkan bahawa semua pegawai dan anggota dikehendaki bersiap sedia menghadapi bencana “ Gempa Bumi ” yang turut menjejaskan negara ini dan melakukan apa – apa langkah yang perlu bagi menyelamatkan mangsa – mangsa nahas dan musibah di mana jua berlaku. Mereka hendaklah turut serta membantu sama ada secara pertolongan cemas, ubat – ubatan, mencari pakaian dan kain selimut serta makanan dan minuman yang boleh dihantar ketempat kejadian kadar segera. Ketua – Ketua Cawangan Negeri boleh juga menghubungi Persatuan Bulan Sabit Merah atau Pertahanan Awam bagi maksud kecemasan.
 
 KTU seterusnya menyeru agar semua anggota PTCM menghulurkan derma sumbangan kepada Tabong Bencana Alam & Kecemasan PTCM dan serahkan ke Markas Utama Kebangsaan untuk diserahkan kepihak berkuasa Indonesia secepat mungkin. Sila Hubungi Talian 03 – 9283 9999 atau 016 – 2182773 Naib Marshal Lim untuk penjelasan.
 
 
 
 

For More Information, Please mail us: admin@krsn-ptcm.org.my
© Copyright 2009 Pasukan Tindakan Cemas Malaysia. All Rights Reserved.