|
|
|
|
Selamat Datang ke PTCM
|
|
|
|
Saya bersyukur kehadrat Allah kerana berpeluang menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan media PTCM iaitu seatu Profail yang diterbitkan serentak dengan pelancaran “Kor Relawan Setia Negara” iaitu suatu unit Perkhidmatan di dalam Pasukan Tindakan Cemas Malaysia.
Sehubungan dengan “Majlis Penyampaian Tauliah/Anugerah” ini PTCM turut mengistiharkan “ Kor Relawan Setia Negara iaitu badan tajaan PTCM yang menyelaras kegiatan-kegiatan sukarela diseluruh Negara dengan mengumpulkan tenaga-tenaga belia yang terlatih.
Sebenarnya “Kor Relawan Setia Negara” ini telah pun dilancarkan diperingkat Wilayah Borneo (Sabah & Sarawak) pada 7 Mac 2003 di Kuching. Sarawak dengan mendapat sambutan dan sokongon semua pihak. PTCM telah berjaya melebarkan sayapnya keseluruh Negara walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
Sejak di perbadankan pada awal tahun 1998. PTCM telah banyak mencapai kejayaan dalam memenuhi matlamatnya. Antara lain ialah mengadakan Unit Trafik dan Keselamatan Jalan Raya dan Perkhidmatan Ambulan. Perkhidmatan ini popular di Wilayah Utara Semenanjung dan berpusat di Pulau Pinang. Dengan terbentuknya unit tersebut PTCM telah dapat membantu menyelamatkan mangsa-mangsa jalan raya terutama di lebuh raya sejak tahun 1998 hingga akhir tahun 2000. Pada tahun 2001 PTCM menarik balik anggota Peyelamat Lebuh Raya iaitu Unit Trafik dan Ambulannya kerana ketiadaan peruntukan kewangan. Usaha-usaha telah dilakukan untuk mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan tetapi gagal akibat sikap dan tindakan seorang pegawai jabatan itu yang tidak perihatin dengan usaha dan semangat PTCM membantu mangsa dijalan raya setiap hari perayaan hingga ke hari ini.
Bagaimana pun kita masih komited dengan tugas-tugas lain dan berharap agar YAB Perdana Menteri yang baru ini dapat memberikan sumbangan khas bagi menghidupkan semula semangat PTCM agar dapat menyumbang bakti bagi membantu usaha-usaha kerajaan demi kemajuan Negara kita.
Pelancaran “Kor Relawan Setia Negara” membuka satu lambaran baru kearah meningkatkan peranan kesukarelawan Negara keperingkat global InshaAllah! Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Lembaga Amanah PTCM yang setiasa menyokong usaha saya terutamanya Y. Bhg Che Khalid Md.Ali dan juga Y. Bhg Marshal Dato’ Steven Ho. Begitu juga kepada semua pegawai PTCM yang giat membantu untuk menaikkan nama baik PTCM dimata masyarakat.
Sekian, terima kasih adanya.
|
|
DATO’ MUNSYI MUSLIM BIN YACOB
KETUA TURUS UMUM
PASUKAN TINDAKAN CEMAS MALAYSIA |
|
|
|
© Copyright 2009 Pasukan Tindakan Cemas Malaysia. All Rights Reserved.
|
|
|